Selamat Datang

RIMBUN TEKAD PREMIX (TERENGGANU) SDN BHD (290095 -T)  telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 19hb. Februari 1994.  Syarikat ini merupakan sebuah syarikat pembinaan yang mempunyai kepakaran dalam projek pembinaan jalan, jambatan dan kerja-kerja tanah.

RIMBUN TEKAD PREMIX (TERENGGANU) SDN BHD juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan memiliki lesen kelas A, berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB G7) dan Kementerian Kewangan Malaysia.  Untuk 2 tahun kewangan terakhir ini, syarikat telah memperolehi serta menjalankan projek-projek pembinaan jalan dan infrastruktur  sehingga RM65 juta.  Kami juga merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang modal dibenar ialah RM1 juta dan modal berbayar RM950,002.00.

Pihak syarikat bukan sahaja fokus dalam projek-projek pembinaan, tetapi juga menceburkan diri dalam bidang pengeluaran premix dengan pembinaan dua(2) buah kilang pemprosesan premix iaitu  PPP Stationary Drum Mix Asphalt Plant ( Operating Capacities 250 tph of Marshall Mix @ 250tph ) di Daerah Marang dan Daerah Setiu, Negeri Terengganu. Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, syarikat kami juga turut menceburkan diri dalam bidang pembangunan dan hartanah dengan melibatkan diri dalam pembinaan rumah kos rendah dan rumah mampu milik.

Syarikat ini juga merupakan organisasi yang memiliki pengalaman, kemudahan mesin dan kelengkapan yang disertakan dengan tenaga kerja mahir yang selama ini telah banyak diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk menjalankan beberapa projek yang telah disiapkan dengan sempurna mengikut spesifikasi projek. Dalam menghadapi cabaran perniagaan akan datang, Rimbun Tekad Premix (Terengganu) Sdn Bhd akan terus memastikan bahawa ia akan bergerak kehadapan dengan semangat kerja yang tinggi antara kakitangan dan pihak pengurusan.

1 Response to “Selamat Datang”